Expired : 18.06.18

Essential Menghentikan Operasi Selepas Mengeluar Hanya Satu Peranti

Essential syarikat yang diasaskan oleh bapa Android Andy Rubin kini tidak lagi beroperasi. Kenyataan mengenai masa depan syarikat telah diumumkan oleh Essential menerusi blog rasmi mereka awa pagi tadi. Sejak lima tahun wujud, Essential hanya mengeluarkan Essential PH.1 yang terkenal dengan kepantasan memberikan kemas kini dan aksesori modular yang disokong.


Ini bermakna peranti konsep GEM yang diperlihatkan pada Oktober tahun lalu tidak sempat dipasarkan. Ketika rekaan diperlihatkan sendiri oleh Andy Rubin, ia menimbulkan minat yang tinggi kerana ia mempunyai saiz skrin memanjang yang unik. Dengan pengumuman hari ini, Essential PH.1 tidak akan lagi menerima sebarang kemas kini Android. Pada waktu yang sama perkhidmatan Newton Mail yang turut dimiliki Essential pula akan menghentikan operasi pada April 2020.