Expired : 18.06.18

Fahmi yakin tiada penjawat awam diberhentikan

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil optimis tiada penjawat awam akan diberhentikan kerja dalam langkah pengurangan bilangan penjawat awam.


Berkongsi imej grafik Jabatan Perkhidmatan Awam menerusi akaun Facebook beliau, Fahmi yakin pengurangan bilangan penjawat awam itu tidak melibatkan sektor-sektor kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan juga keselamatan.


“Sebarang kawalan saiz perkhidmatan awam tidak melibatkan sektor kesihatan, pendidikan dan keselamatan,” kata pengarah komunikasi KEADILAN itu.


Sebaliknya ia melibatkan penswataan, penyusunan semula jawatan, serah urus fungsi, penyampaian perkhidmatan alternatif, automasi dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan.


Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jumlah penjawat awam boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian khidmat, punca pendapatan pegawai yang terlibat dan peluang pekerjaan.


Bagaimanapun beliau berkata kerajaan masih dalam peringkat penelitian berhubung pengurangan bilangan penjawat awam.


Antara pilihan yang sedang ditimbangkan adalah membenarkan kakitangan berpindah ke sektor swasta, selaras dengan pengswastaan beberapa jabatan kerajaan.


Norlida Ishak Shop