Expired : 18.06.18

FAM beri peluang pengadil tempatan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak bercadang menggunakan khidmat pengadil asing pada final Piala Malaysia nanti.


Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid berkata, pihaknya mahu memberi peluang kepada pengadil tempatan mengadili final kejohanan tertua negara itu sekali gus dapat menambah ilmu dan pengalaman mereka.


Beliau berkata, penggunaan pengadil asing pada perlawanan final Piala FA 2019 baru-baru ini hanyalah sebagai medium menimba pengalaman, selain mencontohi kebolehan mereka mengendalikan perlawanan penting.


“Kita tidak pernah menetapkan pengadil asing akan mengadili perlawanan akhir kerana seperti sedia maklum kehadiran mereka baru-baru ini hanyalah sebagai contoh atau panduan untuk memperbaiki kelemahan sedia ada.


“Pengadil kita juga berpengalaman dan mempunyai pengetahuan tinggi. Kita tidak perlu meminggirkan mereka terutama membabitkan perlawanan penting,” katanya, ketika ditemui Arena Metro.


Pada final Piala FA sebelum ini, tiga pengadil Jepun, Takuto Okabe, Akane Yagi dan Osamu Nomura dipilih untuk mengendalikan perlawanan berkenaan dan khidmat mereka mendapat pujian banyak pihak yang berpuas hati dengan corak pengadilan ketiga-tiga individu terbabit.


Norlida Ishak Shop