Expired : 18.06.18

‘Fan’ Terengganu Rupanya- Netizen Bengang Sehingga Cari FB Pengadil Piala Malaysia

Fuhh… Amacam perlawanan bola Perak VS Terengganu malam tadi? Admin percaya punyalah mesti semua penyokong-penyokong bola ni emosi dengan game yang penuh ‘drama’ semalam.


Tak puas hati keputusan pengadil


Bila tengok perlawanan semalam dah pasti ada penyokong yang tak puas hati dengan keputusan pengadil semalam. Perlawanan yang disaksikan 78 ribu penonton tu jadi lagi panas dengan insiden terjahan keras dan pergaduhan kecil serta dicemari pula dengan dua layangan kad merah kepada pemain pasukan Perak dan TFC.


Netizen cari FB pengadil


Disebabkan bengang dengan pengadil perlawanan semalam, seorang netizen di Twitter gigih mencari Facebook pengadil Piala Malaysia Suresh Jayaraman ni. Konon-kononnya nak tengok juga la background pengadil ni. Dengan mudahnya netizen menjumpai FB Suresh dan lagi mengejutkan apabila mendapati pengadil ni ‘Fan’ kepada Terengganu. Wahh, makin panas member tu tapi betul ke Suresh ni Fan Terengganu? Hmm…



Sumber: Twitter


Rekod lampau pengadil


Ternyata hasil siasatan netizen mendapati bahawa pengadil ni memang problem rupanya disebabkan rekod lampau, dia pernah menjadi pengadil dalam perlawanan lepas dalam aksi final bola sepak Piala Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang juga dicemari insiden tumbuk-menumbuk dan caci-mencaci serta perlawanan tergendala selama 10 minit. Wow power betul netizen menyiasat ye!



Sumber: Twitter


Penyokong bola sepak mengharapkan pihak FAM menilai semula dalam pemilihan pengadil dalam perlawanan bola sepak yang akan datang.


Tak cukup dengan tu, netizen di Twitter juga mendapati yang Suresh ni adalah salah seorang penyokong Liverpool FC dan mereka mula ‘membahan’ Suresh tidak bagus menjadi pengadil, puncanya kerana dia salah seorang penyokong Liverpool. Aduh korang ni… Hahaha macam tak ada kaitan je.



Sumber: Twitter


Apa-apa pun admin salute dengan semua rakyat Malaysia, dalam bola ni la semua akan bersatu dan nampak semangat dalam menyokong bola sepak tanah air kita sendiri. Tak lupa juga, tahniah buat Perak kerana muncul sebagai juara Piala Malaysia 2018, selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-1 menerusi penentuan penalti dalam aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi. Syabas!


Norlida Ishak Shop