Expired : 18.06.18

Farhash muncul di IPD Ampang Jaya, beri keterangan polis

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hadir di IPD Ampang Jaya bagi memberi kenyataan polis. — Foto oleh Shafwan Zaidon
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hadir di IPD Ampang Jaya bagi memberi kenyataan polis. — Foto oleh Shafwan Zaidon

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini bagi memberi kenyataan berhubung satu insiden pergaduhan yang mengaitkan dirinya di sebuah kompleks sukan di Ampang pada 31 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata suspek hadir pukul 10 pagi.


“Suspek yang juga bekerja sebagai Setiausaha Politik telah memberikan kerjasama membuat kenyataan kepada polis dalam proses melengkapkan siasatan berkait dengan dirinya sebelum ini.


“Ujian saringan air kencing turut dijalankan namun beliau didapati negatif dadah,” kata Fadzil ketika dihubungi.


Farhash, 37, Pegawai Politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun dibebaskan pada pukul 5 petang tadi dengan jaminan polis.


Fadzil berkata, kes berkenaan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut. — Bernama


Norlida Ishak Shop