Expired : 18.06.18

Fasha sedih keguguran, mohon maaf kepada suami

AWAL Ramadan lalu, pelakon popular Fasha Sandha berkongsi dengan peminat selepas mengetahui dirinya manakala suaminya, Aidil Aziz dilaporkan menangis gembira.


Namun, Fasha hari ini berkongsi kesedihan apabila mengalami keguguran.


Fasha turut memohon maaf kepada suaminya, Aidil Aziz dan anaknya kerana tidak mendengar nasihat doktor agar dia banyak berehat di awal kehamilan.


“Saya tidak mendengar cakap doktor untuk tidak banyak bergerak sepanjang hari raya. Saya turun naik kereta api, kapal terbang, jalan laju-laju dan bekerja sampai terlupa yang saya sedang mengandung,” katanya.


Jelas Fasha lagi, dia terlalu aktif hinggakan terlupa harus banyak berehat kerana kandungannya masih di peringkat awal.


Fasha turut merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang mendoakan dirinya dan kandungan sebaik dia berkongsi mengenai perkara itu.


“Saya berasa amat sedih untuk berkongsi berita (keguguran) ini. Doakan kami agar kuat untuk berhadapan dengan dugaan ini.


“Terima kasih Allah kerana menumpangkan ‘anak syurga’ dalam rahim ku walaupun untuk seketika,” katanya.


“Ibu minta maaf suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan untuk banyakkan rehat, jangan terlalu lasak-lasak.


“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni. Ibu naik turun keretapi, kapal terbang, jalan laju-laju buat kerja.


“Sampai terlupa ada baby kecil dalam perut ibu, ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal dalam perut ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tahu ibu bukan yang terbaik,” ujarnya.


Fasha juga berterima kasih kepada Allah kerana menumpangkan anak syurga kepadanya walaupun hanya untuk seketika.


Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac lalu.


Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.


Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.


The post Fasha sedih keguguran, mohon maaf kepada suami appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop