Expired : 18.06.18

Fasiha Latiff Juara #watsonsmti!

Eva Natasha, Daniel dan Fasiha Latiff merupakan 3 peserta yang berjaya melayakkan diri untuk bertarung di pusingan akhir Watsons Malaysia’s Top Influencer! Terdapat 3 cabaran pusingan terakhir yang diselesaikan oleh para peserta.




Costume Challenge merupakan cabaran pertama iaitu para peserta diberikan 2 pasang costume setiap seorang. Menariknya cabaran ini, para peserta akan memakai costume pilihan followers mereka menerusi undian di poll yang direka oleh para peserta.


watsn


fs1


d1


Bagi cabaran kedua iaitu stranger challenge juga memerlukan undian dari followers mereka untuk melaksanakan tugasan mereka. Para peserta diberi 2 pilihan sama ada perlu selfie dengan 10 orang strangers atau minta seorang stranger belanja.


fc2


34


d2



Cabaran seterusnya iaitu Watsons’s Customer challenge diberi 2 pilihan sama ada perlu menari ataupun buat pickup line. Para peserta akan melaksanakan cabaran yang dipilih oleh followers menerusi poll tersebut.


fc3


33


d3


Selepas selesai menghabiskan semua cabaran, kesemua peserta terus bergerak ke Mazda showroom untuk besiap dan bersedia bagi berentap di final event. Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan bakat mereka di Final event.


Persembahan yang disembahkan oleh Fasiha adalah dengan bermain saxophone, manakala Eva Natasha bermain piano dan Daniel mempersembahkan magic show.


Selain mempersembahkan bakat, para peserta juga perlu berkempen untuk meyakinkan juri watsons yang mereka layak bergelar ‘WatsonsMTI’. Akhirnya masa yang dinanti telah tiba, Fasiha Latiff bergelar juara, Daniel naib juara dan Eva Natasha di tempat ke-3 .


Juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, kontrak bersama Watsons Digital Influencer selama 12 bulan, Watsons CRM point bernilai RM30,000 dan produk di rangkaian Watsons bernilai RM10,000. Malah, juara berpeluang menyertai iklan Watsons Malaysia, dipaparkan di billboard Watsons dan kemunculan sebanyak 5 kali di media digital terbesar di Malaysia.


Norlida Ishak Shop