Expired : 18.06.18

Fattah Amin Kesal Difitnah, Tersinggung Pendakwah Tegur Tanpa Usul Periksa

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai tajuk berita tentang Nur Fazura di sebuah akhbar yang menjadi kontroversi. Fattah Amin dikatakan tidak kisah sekiranya isterinya itu melakukan adegan seksi di dalam video klip.



Namun, itu bukanlah cerita yang sebenar.Fazura memberitahu tiada sebarang aksi seksi yang terlibat tetapi Fattah hanya meluluskan ayat seksi yang ada adalah dari segi lirik lagu Can’t Forget Me.



Pelbagai spekulasi timbul hanya kerana laporan tidak betul itu sehingga ada pendakwah bebas membuat teguran secara terbuka tanpa sebarang usul periksa dan mempersoalkan tanggungjawab Fattah sebagai suami yang tidak melarang isteri daripada melakukan perkara mungkar.



Menerusi akaun Instagramnya, Fattah dengan rasa penuh kesal menyifatkan tindakan pendakwah itu mengundang fitnah dan cacian masyarakat terhadap mereka suami isteri. Apa salahnya untuk menghubungi beliau secara langsung untuk mendapatkan kepastian sebelum membuat teguran tersebut.


Bagaimanapun, Fattah pada masa yang sama mengakui terharu dengan sokongan yang diberikan oleh para peminatnya dan mengucapkan terima kasih kerana memahami apa yang sedang berlaku.


Sumber Berita : mStar Online


Norlida Ishak Shop