Expired : 18.06.18

Federer mudah mara ke final

PERSIAPAN Roger Federer menghadapi Wimbledon berjalan lancar apabila mara ke final ATP di Halle buat kali ke-13 selepas menewaskan gandingan baharu Andy Murray dalam acara beregu, Pierre-Hugues Herbert 6-3, 6-3, hari ini.


Herbert pemain nombor 43 dunia berusia 28 tahun berdepan masalah ketika kali pertama menentang juara kejohanan utama 20 kali itu yang memburu rekod gelaran ke-10 di Halle tahun ini.


Kemenangan straight set itu melegakan Federer yang sebelum itu terpaksa berhempas pulas menewaskan Jo-Wilfried Tsonga dan Roberto Bautista Agut awal minggu ini.


Bintang Switzerland berusia 37 tahun itu akan menentang David Goffin pada final selepas pemain Belgium itu bergelut menewaskan bintang meningkat naik dari Itali, Matteo Berrettini.


Goffin, 28, yang turut menewaskan pemain nombor lima dunia, Alexander Zverev pada peringkat lapan terakhir kelmarin mengatasi cabaran Berrettini 7-6 (7/4), 6-3 untuk mara ke final pertama Jelajah ATP sejak 2017.


"Perasaan yang sangat mengagumkan. Saya bekerja keras sejak beberapa bulan lalu dan kini berbaloi,” kata Goffin.


Norlida Ishak Shop