Expired : 18.06.18

Felda: Kerajaan kenal pasti aset tak strategik untuk dicairkan


KUALA LUMPUR, 4 Syaaban 1440H, Rabu – Kerajaan sedang mengenal pasti aset-aset yang tidak strategik yang berpotensi untuk dicairkan bagi meningkatkan aliran tunai dan mengurangkan pinjaman yang membebankan Felda, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.


“Sebagai contoh saya sebutkan tadi dalam ucapan pembentangan Kertas Putih FELDA, pada tahun lepas, mereka (FELDA) terpaksa melunaskan RM1.4 bilion kepada insitusi kewangan, manakala pada tahun ini (sehingga hujung tahun) kita terpaksa membayar RM2.5 bilion.


“Kedudukan ini tidak membolehkan FELDA maju ke hadapan. Oleh sebab itu, antara cadangan kita kepada kerajaan ialah memberikan jaminan bagi menstrukturkan semula pinjaman dengan institusi kewangan yang terlibat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.


Azmin berkata, aset-aset yang tidak strategik itu akan melalui proses pembidaan untuk mendapatkan nilai terbaik bagi setiap aset yang akan dicairkan.


Sementara itu, Azmin berkata, dengan adanya pengurusan dan kepimpinan baharu, diharapkan dapat mengembalikan keyakinan peneroka FELDA serta mengukuhkan kembali kedudukan FELDA dalam tempoh lima tahun.


Terdahulu Azmin membentangkan Kertas Putuh ‘Ke Arah Kelestarian FELDA’ untuk bacaan kali pertama di hadapan Yang Dipertua Dewan rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.- Bernama


The post Felda: Kerajaan kenal pasti aset tak strategik untuk dicairkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop