v Festival Vintaj Terbesar Di Malaysia Kini Sedang Berlangsung Di MINES 2
Expired : 18.06.18

Festival Vintaj Terbesar Di Malaysia Kini Sedang Berlangsung Di MINES 2

Sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa perancangan hujung minggu ini, kami sarankan untuk anda ‘cuci mata’ di MINES 2 bermula jam 2 petang sehingga 2 pagi untuk acara ‘Bundle Expo’.

Terdapat lebih 300 booth daripada collectors serta peniaga barangan vintaj menyertai festival ini. Pelbagai barangan vintaj turut akan dipamerkan di sini mengikut tema yang berasingan antaranya koleksi vintaj adidas, merchandise daripada artis rock ternama dunia, pameran van combi klasik dan banyak lagi.

Hari ini merupakan hari kedua Bundle Expo ini berlangsung untuk dan apa yang kami boleh katakan, memang worth it barangan yang dijual di sini. Sediakan wang sahaja untuk membeli barangan yang anda minat.

Bukan sahaja pakaian dan kasut, booth makanan juga turut tersedia kepada pengunjung yang ada. Jangan risau, Bundle Expo ini dibuka hingga jam 2 pagi malam ini dan esok. Ajak rakan untuk menyelam di Bundle Expo ini yang pertama kali diadakan tahun ini. Jom!

Buat anda yang tidak tahu, persalinan vintaj sebenarnya mempunyai nilai yang sangat tinggi. Anda boleh baca tentagnya lagi di bawah.

Pengumpul Levi’s Vintaj Dari Malaysia Sanggup Labur RM300,000 Untuk 3 Helai Jeans Ini

Mengapa Ada Baju ‘Vintage’ Bernilai Lebih Tinggi Daripada Emas

Kasut Vintaj Nike ‘Moon Shoe’ Pecah Rekod Terjual Pada Harga RM1.8 Juta