Expired : 18.06.18

FGV saman Isa Samad, bekas CEO isu beli kondominium mewah


KUALA LUMPUR, 23 Rabiulawal 1440H, Sabtu – FGV Holdings Berhad telah memfailkan saman terhadap bekas pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berhubung pembelian dua kondominium mewah di Persiaran KLCC di sini.


Anak syarikat Felda itu juga turut menyaman bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah


FGV mengumumkan prosiding undang-undang terhadap kedua-dua mereka dalam makluman kepada Bursa Malaysia bertarikh semalam.


Syarikat itu mendakwa bahawa unit-unit itu dibeli dengan harga yang jauh melebihi nilai pasaran dan tanpa penelitian yang munasabah, dan bahawa kedua-dua individu itu menggunakan dan memiliki hartanah tersebut tanpa kebenaran.


Saman itu juga adalah berkaitan pembelian beberapa buah kereta oleh syarikat dan apa yang didakwa sebagai penyalahgunaannya oleh Mohd Emir, serta dakwaan penyalahgunaan petrol untuk faedah dirinya.


Syarikat itu menyatakan ia telah mengalami kerugian akibat kegagalan melaksanakan kewajipan fidusiari secara bertanggungjawab, berkemahiran dan penelitian yang munasabah.


Syarikat itu, antara lain menuntut kira-kira RM7.68 juta dan relif lain dari kedua-dua mereka.


Prosiding undang-undang itu telah dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – Bernama


The post FGV saman Isa Samad, bekas CEO isu beli kondominium mewah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop