Expired : 18.06.18

Fitbit Hadir Dengan Gelang Tangan Pintar Menyasarkan Kanak-Kanak – Fitbit Ace

Selain pengenalan Fitbit Versa, pihak Fitbit turut mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah peranti khusus menyasarkan kanak-kanak, iaitu Fitbit Ace.


Fitbit Ace ditawarkan sebagai sebuah gelang tangan pintar kecergasan yang ditujukan untuk kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas. Seperti biasa, ibu bapa akan diperlukan untuk membuat akaun Fitbit bagi kanak-kanak untuk digunakan bersama Fitbit Ace ini.


Fitbit Ace


Fitbit Ace hadir dengan masa penggunaan bateri selama lima hari dengan pengecasan penuh, kalis air, dan mempunyai beberapa pilihan untuk kanak-kanak mengubah muka jam dan sebagainya.


Fitbit dilihat ingin mengalakkan kanak-kanak untuk hadir dengan gaya hidup sihat melalui peranti ini. Fitbit Ace akan turut memaparkan tahap kecergasan yang diperlukan untuk seseorang kanak-kanak pada sesuatu usia, termasuk masa tidur yang diperlukan.


Seperti Versa, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Fitbit Ace akan memasuki pasaran tempatan. Fitbit menyasarkan untuk memasarkannya bermula suku kedua 2018 ini.



Norlida Ishak Shop