Expired : 18.06.18

Fossil Sport Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Android Wear Janaan Snapdragon 3100

Qualcomm Snapdragon 3100 adalah cip pemprosessan untuk jam tangan pintar yang terkini. Cip ini menggunakan rekaan 28nm, pada mod kuasa rendah ia menggunakan kuasa hanya 67% dan 49% kuasa untuk GPS. Menarik sekali, cip ini juga menawarkan ketahanan bateri yang lebih lama. Fossil yang turut terkenal dengan jam tangan pintar, kini melancarkan Fossil Sport. Jam tangan pintar yang dijana dengan Snapdragon 3100.



Fossil Sport hadir dengan dua pilihan saiz, 41mm dan 43mm. Rekaan skrinnya adalah bulat, hadir dengan pengimbas nadi terbina, NFC, GPS, pengecas melalui sambungan magnetik dan pilihan tali jam 18mm dan 22mm. Untuk harga, Fossil Sport dijual pada harga hanya $255 iaitu sekitar RM1066. Berdasarkan pengalaman saya dalam penggunaan jam tangan pintar – Fossil Sport ini boleh dikatakan berbaloi untuk dimiliki.



Norlida Ishak Shop