Expired : 18.06.18

Foto Janna Nick Dan Eyka Farhana ‘Bercumbu’ Dikritik Netizen, Anggap Galakkan LGBT

Gara-gara memuat naik foto berpelukan dan seakan mahu bercumbu, pelakon Janna Nick dan Eyka Farhan dikecam teruk oleh netizen. Mereka disifatkan seakan sengaja mahu mengundang kontroversi dan mempromosikan lagi LGBT.



Rata-rata netizen mahu foto tersebut dipadam kerana tidak mahu lebih ramai pihak mencetuskan spekulasi selain memberikan imej yang kurang sopan.



Walaubagaimanapun, masih ada lagi peminat yang mempertahankan kedua-dua selebriti itu dan berkata ia adalah perkara biasa sekiranya seorang perempuan berjumpa dengan rakan baik mereka. Fikir positif dan tidak perlu cepat melatah.



Mungkin Janna dan Eyka tidak ada sebarang niat untuk menggalakkan lagi budaya LGBT, biasalah kalau dah teruja jumpa kawan mestilah ada kalanya tidak perasan kelakuan kita bagaimana. Relaks, korang pun mesti ada yang pernah macam ini kan?