Expired : 18.06.18

Foto Mesra Dengan Wanita Lain Tersebar, Syazwan Zulkifly Didakwa Putus Tunang?

Pelakon Syazwan Zulkifly sebelum ini mengakui telah mengikat tali pertunangan dengan pramugari, Syawariah Zulkifli pada 31 Ogos tahun lalu.


syazwan zulkifly putus tunang


Namun segalanya dikhabarkan musnah apabila gambar pertunangan mereka telah dipadam di laman Instagram masing-masing.









Menguatkan lagi dakwaan ini, Syazwan yang popular menerusi drama Cinta Tanpa Henti ini tidak lagi mengikuti akaun Instagram tunangnya “@sya.zulkifli”.


Malah perkara yang sama juga turut dilakukan Syawariah apabila akaun Syazwan juga didapati tiada dalam senarai pengikutnya di laman berkenaan.


Namun keadaan ini lebih hangat diperkatakan apabila Syazwan telah memuat naik gambar bersama perempuan lain di akaun instagramnya.


Foto mesra tersebut seakan memberi gambaran bahawa beliau kini telah menemui pasangan baru, sekali gus menguatkan lagi dakwaan dirinya telah putus tunang.


syazwan zulkifly putus tunang


Bagaimanapun Syazwan difahamkan bertindak memadam gambar tersebut atas sebab-sebab tertentu.


Menjengah ke akaunnya ketika ini, posting sambutan Aidilfitrinya juga seakan tiada khabar berkenaan tunangnya.


Hal ini kerana, beliau hanya memuat naik entri bersama keluarganya sahaja dengan ucapan ringkas.