Expired : 18.06.18

Fuh…Kenapa Pesawat Terbesar Dunia Berhenti Di Malaysia, Bukan Kat Singapura @ Indonesia?!!

Fuh…Kenapa Pesawat Terbesar Dunia Berhenti Di Malaysia, Bukan Kat Singapura @ Indonesia?!!


Malaysia baru menerima ketibaan tetamu istimewa, pesawat Antonov 225 Ukrainian 1980 yang dikatakan sebagai pesawat terbesar di dunia! Ia mendarat kat KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangannya ke ke Australia bagi menghantar generator elektrik seberat 117 tan.


Perbezaan saiz Antonov An-225 dengan Boeing B737-400 Malaysia Airlines. Image dari Jetphotos


Perbezaan saiz Antonov An-225 dengan Boeing B737-400 Malaysia Airlines. Image dari JetphotosPerbezaan saiz Antonov An-225 dengan Boeing B737-400 Malaysia Airlines. Imej dari Jetphotos.


Perbandingan bentuk peaswat terbesar An-225 (green), the Hughes H-4 Hercules (gold), the Boeing 747–8 (blue), dan A380-800 (pink). Image dari Weaponary


Perbandingan bentuk peaswat terbesar An-225 (green), the Hughes H-4 Hercules (gold), the Boeing 747–8 (blue), dan A380-800 (pink). Image dari Weaponary Perbandingan bentuk peaswat terbesar An-225 (green), the Hughes H-4 Hercules (gold), the Boeing 747–8 (blue), dan A380-800 (pink). Imej dari Weaponary


Apa yang menariknya, pesawat ni menggunakan 6 buah enjin turbo jet Ivchenko Progress D-18T (kalau pesawat biasa 2 enjin je), 42 tayar, berukuran 88 meter lebar dari hujung sayap ke hujung satu lagi serta 85 meter panjang dengan berat keseluruhan 640 tan.


Ia boleh terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.


dalam pesawat An 225


Dlm pesawat 225 a


Image dari oh melodi


Keadaan dalam pesawat An 225 Dlm pesawat 225 a


Kenapa berhenti di KLIA?


So dengan saiz pesawat yang sebesar tu, KLIA dianggap lokasi paling sesuai (dengan keluasan 100 kilometer persegi) sebab ia mempunyai landasan yang luas. Ia jugak pernah diiktiraf sebagai lapangan terbang kedua terbaik dunia dengan reka bentuk yang unik dan memiliki kemudahan yang selesa.


Sebab itulah KLIA menjadi pilihan jika nak dibandingkan dengan lapangan terbang negara berdekatan seperti Singapura atau Indonesia.


KeIuasan landasan kat KLIA. Image dari skyscraper city


KeIuasan landasan kat KLIA. Image dari skyscraper cityKeIuasan landasan kat KLIA. Image dari skyscraper city


Setelah sembilan tahun berlalu…


Korang tahu tak sebenarnya kan ni bukanlah kali pertama pon pesawat ni menjejaki tayarnya kat bumi Malaysia masih aman tapi dari apa yang kitaorang dapat tahu, kali terakhir ia ke Malaysia pada sembilan tahun yang lalu sekitar Disember  2007.


Sebahagian gambar pagi tadi :










Lihat Video terkini saat pesawat ini tiba pagi tadi:



 



ARTIKEL LAIN POPULAR HARI INI…


AC Mizal Mengamuk Dengan Syarikat Penerbangan Ini.. Disuruh Fikir 5,6 Kali Kalau Hendak Guna Syarikat Ini.. Cium Beg Sampai Hancur?



Selebriti Dato Ac Mizal meluahkan rasa kecewanya dengan perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia yang didakwa telah merosakkan bagasinya.


Ac Mizal yang terkenal sebagai pengacara program Maharaja Lawak itu telah memuat naik sebuah video ketidakpuasan hatinya di mana bagasi miliknya itu telah rosak (kemek) berpunca dari kecuaian kakitangan Air Asia, ketika dia menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah itu dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.


Difahamkan, Ac Mizal telah membuat aduan mengenai kerosakan bagasinya itu kepada Bahagian Khidmat Pelanggan Air Asia, malangnya pihak berkenaan tidak membantu dan menyebabkan Ac Mizal terpaksa membeli beg baru.


Image may contain: one or more people


Kredit: Facebook Dato Ac Mizal Dac


Dalam kekecewaan itu, turut menimbulkan persoalan ialah, bagaimana bagasinya boleh rosak sedangkan ia telah dibalut dengan plastik lutsinar bagi memastikan bagasinya itu berada dalam keadaan selamat. Namun sebaik saja tiba di destinasi, dia mendapati bagasinya itu sudah kemek.


Meskipun telah membeli beg baru, namun Ac Mizal bimbang adakah begnya itu akan selamat di bawah seliaan syarikat penerbangan itu kelak? Malah, Ac Mizal mewujudkan hashtagnya sendiri untuk Air Asia.


“Hashtag saya untuk Air Asia adalah, ‘Murah dan Punah’. Hancur beg. Kepada sesiapa lain kali nak travel dengan Air Asia, fikir enam kali dulu sebab hancur beg saya. Tiada sesiapa yang nak tanggung, kita terpaksa tanggung sendiri.


Ac Mizal juga mempersoalkan video viral di mana kakitangan Air Asia mencium bagasi pelanggan mereka, namun tidak menyangka kejadian yang tidak diingini itu masih berlaku. Ac Mizal turut mempersoalkan bagaimana Air Asia masih mampu merangkul gelaran syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik, sedangkan masalah itu masih lagi berlaku.


“Come on la Air Asia, jangan buat orang macam ni. Hari itu dah pecahkan basikal orang, kemudian cium-cium beg orang. Awak cium beg saya sampai rosak begini? Hancur beg saya.


.


“Pleaselah Air Asia, saya tak tahu macam mana anda boleh menang the best low cost airlines, saya tak faham. Dulu kena kat orang, saya tak terasa sangat. Tetapi bila terjadi pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana rasa sakitnya. So upset with Air Asia,” katanya dalam video tersebut.


Selain itu, seorang lagi penggiat seni, Sammy Ariffin, pernah tular di media luahan ketidakpuasan hatinya terhadap syarikat penerbangan yang sama di mana salah sebuah bagasinya yang berisi kasut yang akan digunakan untuk membuat persembahan di Pulau Pinang, didapati rosak.


Sedangkan sebelum ini, Sammy telah memeriksa dan memastikan bagasinya berada dalam keadaan baik dan diletak dengan pelekat ‘Mudah Pecah’.


VIDEO DUKACITA AC MIZAL DENGAN BEG YANG HANCUR



Justeru, orang ramai menggesa Tony Fernandes mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian itu agar tidak berulang kembali kerana ia mampu menjejaskan imej Air Asia.


SUMBER: THE REPORTER


Norlida Ishak Shop