Expired : 18.06.18

Fulham buat Everton merana

HASRAT Everton mengintai slot Liga Europa musim depan menerima tamparan hebat selepas tewas kepada Fulham 2-0 di Craven Cottage menerusi jaringan Tom Cairney dan Ryan Babel sebentar tadi.


Selepas tamat aksi menarik babak pertama, Cairney memecah kebuntuan sejurus babak kedua bermula selepas menerima hantaran Babel.


Cairney salah seorang wira Fulham musim lalu memperoleh gol pertamanya dalam Liga Perdana dengan merembat kencang melepasi jangkauan penjaga gol Everton, Jordan Pickford sekali gus memberi petanda positif untuk kelab meraih kemenangan kelima dalam saingan liga elit musim ini.


Dominic Calvert-Lewin hampir menyamakan kedudukan buat Everton apabila percubaannya terkena tiang tetapi Babel memastikan kemenangan tuan rumah pada minit ke-69 hasil larian solo menarik dari tengah padang sebelum tenang menewaskan Pickford.


Kekalahan Everton itu bermakna mereka kekal di tangga kesembilan dengan 46 mata. Kelab Merseyside itu kembali penjadi pencabar slot Liga Europa musim depan selepas meraih beberapa keputusan memberangsangkan tetapi kini mereka perlu menduduki tangga ketujuh untuk mengesahkan slot itu.


Fulham yang sudah pun tersingkir dari Liga Perdana kekal di tangga kedua terbawah dengan 20 mata.


Norlida Ishak Shop