Expired : 18.06.18

Fungsi FaceTime Berkumpulan Akan Kekal Dinyah-aktifkan Pada Peranti Dengan iOS 12.1.3 Ke Bawah

Pepijat pada FaceTime yang ditemui minggu ini mengakibatkan pengguna audio pengguna didengari dan video dilihat tanpa panggilan diangkat terlebih dahulu. Ia dipandang amat serius sehingga Apple menyahkatifkan fungsi FaceTime berkumpulan sehingga tampalan sekuriti diberikan pada iOS 12.1.4 kelak.


Apple turut mengeluarkan permohonan maaf semalam kepada pengguna yang terjejas dengan pepijat ini. Menurut laporan MacRumors, selepas ini peranti yang tidak dikemaskini ke iOS 12.1.4 tidak akan dapat menggunakan sistem FaceTime berkumpulan pada iPhone, iPad dan iPod Touch. Pengguna yang mahu menggunakan fungsi ini harus mengemaskini ke versi terkini iOS. Tidak maklumat mengenai tampalan FaceTime untuk macOS buat masa ini yang turut terjejas.


Norlida Ishak Shop