Expired : 18.06.18

Fungsi YouTube Stories Kini Boleh Diakses Saluran Dengan 10,000 Langganan

Fungsi stories kini boleh ditemui pada hampir kesemua aplikasi popular selepas dimulakan oleh Snapchat. YouTube turut mengikut trend ini dan memperkenalkan Story sejak Ogos lalu. Pada awalnya ia hanya ditawarkan kepada saluran tertentu tetapi kini ia boleh diakses oleh saluran dengan sekurang-kurangnya 10,000 langganan.


Tidak seperti di Snapchat dan Instagram, Story di YouTube akan disimpan selama tujuh hari sebelum dipadam. Pelanggan saluran boleh meninggalkan komen pada Story. Kepada pemilik saluran, ruangan komen pada Story hadir dengan fungsi tapisan bagi memantau kandungan berunsur lucah, cacian dan membuli di atas talian.


Norlida Ishak Shop