Expired : 18.06.18

Gadis Muda Check In Hotel 4 Hari Tidak Keluar Dari Bilik. Pengurus Hotel Buat Laporan Polis. Lepas Pecah Masuk Bilik Gadis Tu, Pengurus Hotel Hampir Pengsan Jerit Tak Dapat Tahan

Pelanggan yang bermasalah selalunya merupakan mimpi buruk bagi pengurus hotel. Beberapa hari yang lalu, seorang gadis muda check in di sebuah hotel.


Gambar Sekadar Hiasan Sahaja


Pengurus hotel itu mendapati bahawa gadis tu tidak keluar bilik hotel selama 4 hari berturut-turut. Walaupun gadis tu ada memanggil makanan hantar ke bilik dia setiap hari, tetapi tidak pernah lihat dia keluar bilik membuang sampah dan tidak membenarkan cleaner masuk bilik dia untuk membersihkan bilik.


Pengurus hotel takut berlaku kejadian yang tidak diingini, cepat buat laporan polis. Ketika polis tiba di pintu bilik gadis tu dan memanggil dari luar, tidak ada orang yang menjawab, mereka seterusnya pecah masuk dan melihat pemandangan di dalam bilik. Semua orang terkejut.


Boleh lihat ada banyak sampah di merata-rata di dalam bilik. Tempat tidur dan lantai semua berada dalam keadaan yang berselerak. Udara dalam bilik dipenuhi dengan rasa makanan, yang sangat menjijikkan.



Polis menemui gadis muda tu di sudut bilik. Gadis tu kelihatan sangat letih, seolah-olah dia tidak pernah berehat selama beberapa hari.Oleh sebab tiba-tiba depannya muncul banyak orang, gadis tu terkejut dan pengsan serta merta.


Apabila gadis muda tu bangun, baru semua orang tahu hal sebenar. Rupa-rupanya gadis muda itu adalah anak perempuan orang kaya. Ibu bapanya selalu bagi dia banyak duit.



Tetapi ibu bapanya sangat sibuk untuk kerja, tidak mempunyai masa untuk menjaga dan teman dia, hanya memberi duit yang banyak kepada dia setiap bulan.

Oleh sebab hubungan dengan ibu bapa tidak baik, dia sangat kesepian sejak  kecil dan tidak suka bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain.


Dia biasanya suka menulis novel, tetapi tidak mempunyai banyak kawan, dan tidak terlalu gembira dengan rakan sekelasnya.Baru-baru ini, rakan sekelas yang tinggal di asrama dengannya balik rumah dan tidak balik ke asrama disebabkan cuti yang panjang.Oleh itu gadis tu tinggal di hotel dan menulis novel siang dan malam. Apabila dia lapar, dia memanggil makanan yang boleh hantar ke biliknya. Selepas makan, dia terus menulis dan meneruskan tulis novelnya selama beberapa hari berturut-turut.


Bilik hotel yang bertukar menjadi tempat sampah hanya dalam beberapa hari, buat pengurus hotel tu geleng kepala, tetapi mujurlah gadis muda tu tidak mengalami apa-apa yang tidak diingini. Jika tidak, mereka benar-benar menghadapi masalah.


SUMBER


Norlida Ishak Shop