Expired : 18.06.18

Gagal Jadi Menteri Kewangan, Guan Eng Nak Jadi Hakim Pula… Bidas Zahida

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menempelak Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng yang ternyata gagal menjadi Menteri Kewangan kini bertindak seolah-olah mahu menjadi hakim pula.


“Mahkamah mana yang putuskan dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Dap yang didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam sebagai tidak bersalah?


“Kalau kena dekat pemimpin UMNO / BN (Barisan Nasional) cepat je mereka menghukum.


“Bila kena batang hidung sendiri baru tahu kan? Memang ‘double standard’,” bidasnya dalam satu hantaran di Facebooknya.


Zahida turut mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas ketegasan mereka dalam bertindak.


Semalam, dalam satu sidang media Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dua ADUN Dap dari Melaka dan Negeri Sembilan antara tujuh individu ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE.


ADUN Dap yang ditahan polis adalah Gunasekaren Palasamy, wakil rakyat Seremban Jaya yang merupakan Timbalan Pengerusi Dap Negeri Sembilan manakala seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Melaka dan ADUN Gadek, Saminathan Ganesan, juga Setiausaha Organisasi Dap Melaka dan Ketua Dapsy Melaka.


Walaupun begitu Guan Eng, juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, yang pernah dilepas bebas oleh Peguam Negara, Tommy Thomas di dalam kes rasuahnya yang sedang berjalan di mahkamah percaya kedua-dua ADUN tersebut tidak bersalah. – UMNO ONLINE


Norlida Ishak Shop