Expired : 18.06.18

Gaji minimum RM1,100: MTUC akan cabar keputusan kerajaan





KUALA LUMPUR, 25 Safar 1440H, Sabtu – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak berpuas hati dengan pengumuman gaji minimum RM1,100 menerusi Belanjawan 2019 semalam, seperti yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Presidennya, Datuk Abdul Halim Mansor berkata, kenaikan itu tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan sebelum ini, apatah lagi kadar itu masih berada di bawah cadangan Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN) iaitu RM1,500.


“Kami akan terus memperjuang gaji minimum untuk dinaikkan sehingga RM1,500, selari dengan kos sara hidup semasa. Kami akan mencabar keputusan ini kerana saya percaya ia dilakukan tanpa rujukan MPGN terlebih dahulu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.


Semalam Guan Eng mengumumkan kerajaan mencadangakan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.


Katanya, ia selaras dengan keperluan untuk memastikan kadar gaji dapat menampung suasana kos sara hidup.


Bagaimanapun Halim berkata, sebelum Belanjawan 2019, peruntukan yang lebih baik dapat dicapai sekiranya mendapat persetujuan MPGN.


“Saya berpendapat belanjawan yang dibentangkan ini tidak menyeluruh dan inklusif kerana golongan M40 hanya menerima sedikit saja peruntukan berbanding B40, sedangkan sebahagian besar golongan terbabit menyumbang kepada cukai,” katanya.






The post Gaji minimum RM1,100: MTUC akan cabar keputusan kerajaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop