Expired : 18.06.18

Gali semula kubur, bergambar bogel sebelah rangka mayat bapa

Seorang artis mencetuskan kontroversi apabila bergambar dalam keadaan bogel bersama rangka mayat yang digali dari kubur bapanya.


Siyuan Zhuji, 33, kemudiannya menyiarkan foto-foto itu di laman web seni Artand dan Weibo Sabtu lalu, sehari selepas festival Qingming.


Festival itu diraikan oleh rakyat China bagi membersihkan kubur bagi tujuan menghormati keluarga yang sudah tiada.


Siyuan melakukan sesi foto dengan menggali rangka bapanya dari kubur.

Difahamkan, bapanya disemadikan 30 tahun lalu di Chuzhou, wilayah Anhui.


“Saya buat ini sebagai karya seni,” kata artis itu kepada South China Morning Post.


Tambahnya: “Seni seharusnya tidak takut menghadapi publik.”


Siyuan memberitahu, gambar-gambar itu diambil oleh isterinya, dengan bantuan dari penjaga kubur dan melakukan sesi foto di lokasi yang tersembunyi.


Tindakan itu bagaimanapun mengundang kecaman umum.


“Tidak ada moral! Jika kamu ingin mengambil gambar dengan bapa anda, gunakan foto-foto lamanya dan edit secara digital untuk digabungkan dengan milik anda.


“Mengapa hina bapa anda seperti itu? Anak yang jahat. Mungkin anda ingin memenuhi keinginan ego anda sendiri atau ingin menjadi viral?,” tulis seorang pengguna internet dari Nanning.


Namun, Siyuan menegaskan, dia hanya berniat untuk berkarya dalam menghargai seni.


Siyuan menjelaskan, bapanya meninggal akiabt kanser hati ketika dia berusia tiga tahun dan mengakui tidak memiliki banyak kenangan dengannya.


“Saya juga sedikit ego, saya ingin mencapai impian saya untuk mengambil gambar dengan rangka ayah saya,” kata Siyuan.


Menghormati pusara menjadi tradisi yang kuat di China.


Para keluarga yang masih hidup memberikan penghormatan dengan membersihkan pusara keluarga mereka selama festival Chingming. – Daily Mail


The post Gali semula kubur, bergambar bogel sebelah rangka mayat bapa appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop