Expired : 18.06.18

Gambar Asus Zenfone Max M2 Dan Max Pro M2 Tertiris

Asus sedia menjadualkan tarikh 11 Disember 2018 untuk pengenalan telefon pintar Zenfone Max baru. Kini, selain beberapa info sebelum ini, gambar untuk peranti berkenaan turut tertiris, memperlihatkan apakah yang bakal dilancarkan oleh Asus.


Asus Zenfone Max M2 dijangka menjadi penawaran asas untuk pengenalan peranti baru ini, hadir dengan skrin bertakuk 6-inci, dan dijana berasaskan cip Snapdragon 636.


Asus Zenfone Max M2


Untuk Asus Zenfone Max Pro M2 pula, ia dilihat akan menyertakan rekaan takuk sedikit kecil, dijana cip Snapdragon 660, dan menggunakan rekaan kerangka berasaskan kaca pada bahagian belakang. Berbeza dengan desas-desus sebelum ini, telefon pintar ini dilihat hadir dengan dwi-kamera belakang sahaja, dan bukannya tri-kamera.


Asus Zenfone Max M2 Pro


Dengan penggunaan nama Zenfone Max, Asus dijangka mengekalkan penawaran bateri berkapasiti besar, sehingga 5000mAh padanya.


Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 11 Disember ini untuk melihat apakah yang dibawakan oleh Asus secara rasminya.


Norlida Ishak Shop