Expired : 18.06.18

Gambar Honor 10 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Skrin Bertakuk, Pengimbas Cap Jari Dihadapan

Honor 10 dijangka akan dilancarkan secara rasminya dalam beberapa hari lagi, dan kini seperti biasa, gambar hadapan dan belakang peranti berkenaan telah pun tertiris melalui Winfuture.



Daripada gambar yang tertiris, ia memperlihatkan rekaan panel hadapan dengan skrin bertakuk diatas, dan menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian bawah – lebih kurang sama seperti Huawei P20.


Disamping itu, pada bahagian belakang pula, ia menyertakan dwi-kamera dengan sokongan kecerdasan buatan untuk rakaman.


Dari segi spesifikasi, Honor 10 dijangka menyertakan skrin 5.84-inci, dijana cip Kirin 970, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia dijangka menggunakan kamera hadapan 24-megapixel, selain dwi-kamera belakang gabungan 16+24-megapixel.


Kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini secara rasminya pada 19 April ini.


Norlida Ishak Shop