Expired : 18.06.18

[GAMBAR] “Kucing Pun Nak Jadi Macam Ben Amir,”- Tiru Gaya Macam Qash Adam, Stail Kucing Ini Jadi Perhatian!

Lakonan Ben Amir menerusi drama bersiri Sweet Dreams ternyata kian mendapat perhatian penonton setia drama tempatan.


Watak Qash Adam yang dibawanya cukup melekat sekali gus membuatkan skil lakonan bekas peserta pencarian Hero Remaja ini dipuji ramai.


Menariknya baru-baru ini, seorang individu yang ada berkongsi sekeping foto kucing peliharaannya menerusi akaun Twitter miliknya.


Menghiburkan, foto tersebut kelihatan kucing peliharaan milik individu berkenaan sedang meniru gaya rambut Ben Amir.


“Ben ameow,” tulisnya.



Ben ameow pic.twitter.com/zOXPi2ZeeT


— zane (@zahidNazri) August 14, 2019



Lantas, perkongsian individu berkenaan mendapat perhatian daripada netizen.


Malah, rata-ratanya juga turut berasa terhibur melihat foto berkenaan.



Sekadar infomasi, drama bersiri Sweet Dreams dibintangi oleh Ben Amir, Mira Filzah, Sean Lee, Datin Nina Juren dan ramai lagi.


Drama yang di adaptasi daripada novel ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).




Foto : Instagram Ben Amir, Twitter Zahid Nazri


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop