Expired : 18.06.18

Gambar Pengolokkan Huawei P30 Memperlihatkan Penggunaan Tri-Kamera, Takuk Kecil, Dan Bicu Audio

Huawei dijangka memperkenalkan Huawei P30 pada awal tahun ini. Selari dengannya, kini gambar pengolokkan untuk telefon pintar berkenaan hadir ke arena web, berdasarkan kepada rekaan CAD yang tertiris – sekaligus memberikan gambaran bagaimana peranti berkenaan akan kelihatan kelak.


Gambar yang diperlihatkan ini adalah Huawei P30, dan bukannya versi “Pro” yang sering menawarkan lebih banyak inovasi.


Huawei P30


Pengolokkan Huawei P30 ini memperlihatkan rekaan bingkai yang sangat nipis, selain menggunakan takuk kecil pada bahagian atas. Ia seperti tidak menyertakan sokongan pengimbas infra-merah – yang mana mungkin hadir pada Huawei P30 Pro.


Pada bahagian belakang, Huawei P30 ini menyertakan tri-kamera belakang. Tiada pengimbas cap jari di belakang, memberikan petanda ia mungkin menyertakannya pada skrin.


Huawei P30


Menariknya, gambar yang hadir ini juga seumpama memberikan gambaran yang mana telefon pintar ini akan menyertakan kembali sokongan bicu audio 3.5mm bersama dengannya.


Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei P30 ini akan dilancarkan. Berkemungkinan kita akan dapat melihatnya sekitar bulan Mac atau April kelak.



Norlida Ishak Shop