Expired : 18.06.18

Gambar Samsung Galaxy S10 Tertiris – Memperlihatkan Penggunaan Rekaan Skrin Berlubang

Samsung Galaxy S10 merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai untuk diperkenalkan pada tahun ini – apatah lagi ia adalah ulang-tahun ke-10 sejak siri Galaxy S diperkenalkan. Kini, selari dengannya juga, selain beberapa gambar tertiris sebelum ini, hari ini @evleaks berkongsi gambar untuk peranti Samsung Galaxy S10 “Beyond 1”.


Samsung Galaxy S10


Untuk makluman, Samsung dijangka hadir dengan beberapa variasi Galaxy S10 – termasuk Galaxy S10 Lite, Galaxy S10 dan juga Galaxy S10+. Samsung juga dijangka memperkenalkan variasi Galaxy S10 5G untuk beberapa pasaran.


Melalui rekaan yang tertiris ini, ia memperlihatkan penggunaan rekaan bingkai yang sangat nipis, selain penggunaan skrin berlubang untuk memposisikan kamera swafoto. Bahagian dagu masih sedikit tebal sekiranya dibandingkan dengan bahagian dahi.


Rekaan belakang telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Samsung juga dilihat akan menggunakan rekaan skrin dengan melengkung ditepi pada telefon pintar akan datang mereka.


Menurut @evleaks, kita mungkin akan dapat melihat keupayaan untuk pengecasan nirwayar berbalik pada Galaxy S10 ini – lebih kurang sama seperti yang terdapat pada Mate 20 Pro sebelum ini.


Mungkin kita akan dapat melihat beberapa info lanjut mengenai ciri yang akan dibawakan pada telefon pintar ini dalam bulan-bulan akan datang.



Samsung Galaxy S10 "Beyond 1," in the wild. pic.twitter.com/EMquh59Kln


— Evan Blass (@evleaks) January 3, 2019



Norlida Ishak Shop