Expired : 18.06.18

Gambar Samsung Galaxy S10 Versi Asas Pula Tertiris Ke Arena Web – Skrin Pipih, Dwi-Kamera Belakang

Sebelum ini, kita telah melihat ketirisan telefon pintar Samsung terbaru iaitu Galaxy S10 dan juga Galaxy S10 Plus. Selain daripadanya, hari ini sebuah lagi gambar hadir ke arena web dikongsikan oleh WinFuture untuk telefon pintar versi asas dibawah siri sama, dikenali dengan nama Galaxy S10E.


Galaxy S10E


Telefon pintar ini membawakan rekaan yang lebih kurang sama, tetapi dengan sedikit kekurangan. Ia dijangka menggunakan skrin pipih 5.8-inci dan mengekalkan trend skrin berlubang untuk memposisikan kamera. Bingkai tepi skrinnya kelihatan sedikit tebal berbanding versi Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus yang menggunakan skrin sedikit melengkung pada bahagian tepi.


Pada bahagian belakang pula, ia menyertakan dwi-kamera belakang. Ia turut dikatakan yang mana pengimbas cap jari untuk model ini diletakkan pada bahagian tepi – lebih kurang seperti dipopularkan oleh Sony beberapa tahun lepas.


Samsung dijangka memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Galaxy S10 pada 21 Februari kelak, dimana tiga model dijangka diperkenalkan pada peringkat awal, Galaxy S10E, Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus – selain Galaxy S10 5G yang dijangka menyusul selepas itu.


Norlida Ishak Shop