Expired : 18.06.18

Ganu Nelang!

Bola sepak Terengganu cemerlang bagi musim 2018

Biarpun gagal membawa pulang Piala Malaysia ke Kuala Terengganu Sabtu lalu, bola sepak Terengganu sehingga ke pasukan akar umbi telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim 2018.



Terengganu FC di bawah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2018 sebelum tunduk melalui sepakan penalti kepada Perak The Bos Gaurus. Terengganu FC mengakhiri musim 2018 selaku Naib Juara Unifi Piala Malaysia.


Terdahulu, Terengganu FC II yang dibimbing oleh Tengku Hazman Raja Hassan telah dinobatkan sebagai juara sulung Piala Cabaran 2018 yang pertama kali diperkenalkan apabila membenam cabaran UKM FC dengan aggregat 4-2.


Musim gemilang bola sepak Terengganu turut disumbangkan oleh skuad Piala Presiden, Terengganu III apabila menewaskan Kedah B21 dengan jaringan 2-1 untuk bergelar Juara Piala Presiden 2018.


Terengganu IV juga tidak ketinggalan muncul Naib Juara Piala Belia 2018 setelah tewas 1-2 kepada PKNS FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada  26 Ogos lalu.


Terengganu City FC pula menundukkan Selangor United 2-0 sekaligus menjadi Juara Piala FAM 2018 bagi menambah koleksi kejuaraan bola sepak Terengganu.


PBM Terengganu pula dinobatkan sebagai Naib Juara Piala Emas Raja-Raja 2018 setelah tewas kepada PBM Pahang 0-1 di Temerloh baru-baru ini.


 


2018 milik Terengganu. Nelang Bos! Tahniah!


 


Teks: Norfazlinda / www.gawang.my


 


 


 


 


Ganu City 2 0 Selangor United.


PBM T 0 1 PB Pahang


Terengganu FC - Final Piala Malaysia Terengganu FC II - Juara Piala Cabaran Terengganu FC III - Juara Piala Presiden Terengganu FC IV - Naib juara Piala Belia Terengganu City - Juara Piala FAM PBM Terengganu - Final Piala Emas Raja2


Norlida Ishak Shop