Expired : 18.06.18

Gara-Gara Isu Dihina Kemaluan Berbau Ikan Masin, Si Anak Akhirnya Terjerat…Dibuli Rakan Sekolah

Rupa-rupanya kes yang didakwa telah dilakukan pelakon Galih Ginanjar terhadap bekas isterinya, Fairuz A Rafiq masih belum menemui titik nokhtah apabila difahamkan, anak kepada pasangan tersebut pula menerima tempias dek kontroversi yang melanda ibu bapanya.


Memetik laporan Liputan6, anak tunggal mereka iaitu King Faaz Arafiq yang baru berusia 7 tahun turut sama terheret dalam isu yang sudah sampai ke tengah itu.


Ia mulai diperkatakan apabila kes melibatkan Galih dan Fairuz menjadi viral sejak bulan lalu.


Bagaimanapun, isteri kepada Galih iaitu Barbie Kumalasari memaklumkan, apa yang terjadi kepada anak tirinya itu merupakan antara risiko yang harus mereka hadapi.


Malah, Barbie menyalahkan pihak Fairuz di kerana enggan berdamai dengan bekas suaminya itu.


“Ya risiko lah, namanya anak-anak pasti kan seperti itu, kan. Makin viral beritanya pasti psikis anak juga kena. Makanya kan dari awal aku sempat bilang kasihan anak.


“Tapi, kan, mediasinya enggak direspons, ya sudah,” katanya seperti yang dipetik.


Kongsi Barbie lagi, hal yang berlaku di antara suaminya dan Fairuz akan menjadi lebih keruh selagi keduanya tidak berdamai.



“Ya risiko, kalau berita viral kan seperti itu kalau memang enggak ada damai, mau enggak mau biar gimana ayahnya sendiri.


“Pasti kan ketika orang jadi ramai mem-bully atau sampai panjang, sampai proses pengadilan, sampai ditetapkan jadi terdakwa, pasti kan lebih parah lagi, pasti psikis anak kena lah,” jelasnya lagi.


Terdahulu, Fairuz dikatakan masih belum boleh memaafkan sikap bekas suami masih menyimpan rasa sakit apabila menjadikan isu kemaluan berbau ikan masin sebagai bahan kandungan video Youtuber Rey Utami dan Pablo Benua sebelum ini.


Fairuz sebelum ini turut dilapor ada menerima sepucuk surat permohonan maaf dari Galih, namun aktres itu mempertikaikan mengapa tindakan tersebut tidak dilakukan terlebih awal.


Difahamkan juga, mereka yang terlibat masih lagi berada dalam tahanan polis dan sedang dibicarakan.


Foto: Instagram, Cnn Indonesia


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop