Expired : 18.06.18

Gara-Gara Pulang Dari Jakarta, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

Sejak pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan sebuah berita yang mengecewakan segelintir pihak dimana orang ramai tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya dalam usaha untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.


Inisiatif yang dibuat nampaknya turut dijalankan oleh pihak pemerintah Indonesia dalam menghalang orang ramai pulang ke kampung. Namun, lain ceritanya dengan segelintir warga Indonesia yang sudah pulang ke kampung sebelum pihak kerajaan Indonesia mengeluarkan larangan.



934176f77bf52b71d142e3c1a9b3680f

Sumber: Media Indonesia



Merekodkan sebanyak 7% warga kota yang sudah pulang ke kampung sejak sebelum pengumuman dibuat, kepulangan pihak ini nampaknya telah membawa maut kepada warga kampung khususnya mereka yang berwarga emas.


Berdasarkan laporan, terdapat kes dimana seorang lelaki yang pulang dari Jakarta secara tidak sedar telah membuatkan datuknya yang berusia 72 tahun dijangkiti wabak COVID-19 seterusnya meninggal dunia.


Kes yang sama turut direkodkan di Jawa Tengah apabila individu yang tidak mempunyai sebarang rekod keluar negeri turut dijangkati wabak COVID-19 selepas ahli keluarganya pulang dari beberapa daerah termasuk Jakarta.


1588225706_protokol_mudik


Dalam usaha untuk menghalang lebih ramai individu yang pulang ke kampung dari Jakarta, pihak berkuasa telah mengenakan denda sebanyak 100 juta Rupiah (RM29,048) dan penjara sehingga setahun buat individu yang mengingkarinya. Setakat ini warga Indonesia yang bersembunyi di sebalik bekas barangan dalam lori antara yang dikesan.


Setakat ini, Indonesia merekodkan lebih 14,000 kes COVID-19 dengan jumlah kematian mencecah 1,000 orang. Diharap warga Malaysia dapat mengikut saranan kerajaaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19.


Perdana Menteri turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung 4 minggu lagi dimana perjalanan rentas negeri bagi tujuan balik kampung tidak dibenarkan.



PKPB Disambung 4 Minggu Lagi, Tiada Perjalanan Rentas Negeri Balik Kampung Dibenarkan





Sambutan Raya Tahun Ni Suram? Ini 6 Perkara Yang Buat Anda Rindu Syawal Tahun Lepas!