Expired : 18.06.18

Gara-Gara Tweet Emoji Jalur Gemilang, Pelakon Star Wars Ini Terima Banyak Followers Malaysia!




Syafiqah Jalal



Hiburan


Gara-Gara Tweet Emoji Jalur Gemilang, Pelakon Star Wars Ini Terima Banyak Followers Malaysia!
Gara-gara memuat naik emoji jalur gemilang menerusi satu status di Tweeter, pelakon Star Wars, Mark Hamill ini terima banyak pengikut dari Malaysia.

Menerusi status yang dimuat naik, Mark Hamill menyatakan bahawa dia akan menutup akaun Facebooknya sebagai protes kepada keputusan Mark Zuckerberg yang membenarkan iklan politik termasuk pembohongan dan propaganda di laman sosial itu.

Di akhir status tersebut, dia turut menyertakan emoji jalur gemilang.

“Sangat kecewa bila #MarkZuckerberg mementingkan keuntungan lebih daripada kebenaran apabila saya telah memutuskan untuk memadamkan akaun Facebook saya.

“Saya tahu tiada siapa peduli, tetapi saya akan tidur nyenyak malam ini,” katanya dalam tweet tersebut.
 


So disappointed that #MarkZuckerberg values profit more than truthfulness that I've decided to delete my @Facebook account. I know this is a big "Who Cares?" for the world at large, but I'll sleep better at night. #PatriotismOverProfits