v Gawang.my rakan media Kejohanan Yakult KB City League U14
Expired : 18.06.18

Gawang.my rakan media Kejohanan Yakult KB City League U14

Secara umumnya semua mengetahui Gawang.my merupakan media sukan di Malaysia yang lebih memfokuskan kepada sukan bola sepak terutamanya. Apabila berbicara soal apa sahaja bidang sukan, tidak lengkap hanya bercerita tentang atlet senior semata-mata kerana akar umbi juga merupakan sebahagian daripada kitaran sistem tersebut.

Bertitik tolak daripada itu juga, pihak Gawang.my mengambil inisiatif untuk turut serta memberi komitmen membawakan berita dan foto-foto terkini daripada kejohanan bawah umur Yakult KB City League 2020 sebagai rakan media rasmi kejohanan.

Dalam satu majlis undian kejohanan yang diadakan pada hari Jumaat, 14 Febuari di Kota Bharu, pihak penganjur The Red Warriors City Club (TRWCC) dengan kerjasama jenama minuman pribiotik terkenal, Yakult serta Majlis Sukan Negeri Kelantan turut memgambil kesempatan tmemperkenalkan kesemua barisan rakan kejohanan termasuklah Gawang.my sendiri.

Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan 12 pasukan terdiri daripada sekitar negeri Kelantan akan dijalankan dengan format liga untuk memberi lebih banyak peluang serta minit permainan kepada pemain muda ini untuk merasai pengalaman bermain bola sepak berdasarkan konsep secara liga.

Kejohanan ini akan dilangsungkan pada setiap hari Jumaat bertempat di SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu selama enam bulan sehingga Julai bagi melengkapkan 33 jumlah perlawanan liga secara keseluruhannya.

Selamat maju jaya buat semua anak-anak muda !