v Gboard Dikemaskini Dengan Sokongan Menampal Imej & Search Digantikan Dengan Google Lens
Expired : 18.06.18

Gboard Dikemaskini Dengan Sokongan Menampal Imej & Search Digantikan Dengan Google Lens

Gboard adalah aplikasi papan kekunci yang popular dan bersaing dengan Swiftkey Keyboard. Ada banyak ciri dan fungsi menarik dan ia disokong pada kedua-dua platform Android dan iOS. Gboard juga kerap dikemaskini dan Google turut kerap menguji pelbagai perkara baru, terkini ia hadir dengan fungsi yang lebih memudahkan dan pastikan ramai akan menggunakannya.

Pertama, Gboard kini boleh menyalin dan menampal imej dan tidak terhad kepada teks sahaja. Gboard sudah lama mempunyai sokongan papan klip yang baik, yang mana tidak kira anda menyalin apa ia akan disimpan dalam papan klip ini dan mudah diakses. Melalui kemaskini ini, menyalin dan menampal imej lebih mudah – tetapi terhad kepada aplikasi seperti;

  • AOSP messaging
  • Badoo
  • Facebook
  • Google Docs
  • Google Messages
  • Hangouts
  • Helo
  • imo
  • Line
  • Messenger Lite
  • Motorola Messages
  • OK
  • Samsung Messages
  • Skype
  • Snapchat
  • Twitter
  • Viber
  • VK
  • WeChat
  • WhatsApp
  • Zalo

Selain itu, Google turut mengubah fungsi Search yang terbina pada Gboard dengan Google Lens. Ini bermakna jika anda sedang membalas mesej dengan kawan dan nampak sesuatu yang menarik boleh terus rakam dan terjemah, atau sedang membalas mesej sambil beratur ingin memasuki ke kedai – boleh terus imbas kod QR dan banyak lagi. Siapa sahaja guna Search dalam Gboard? Saya masih ingat, sejak ia diperkenalkan hanya 2 kali sahaja saya gunakannya. Mungkin dengan Google Lens lebih ramai akan memanfaatkannya.

Muat Turun/Kemaskini Gboard Melalui Play Store [/info]