Expired : 18.06.18

Gboard Menambah Sokongan 40 Lagi Bahasa Termasuk Bahasa Melayu Manado

Dato’ Sri Maria Menado ialah bintang filem cukup terbilang ketika zaman emas perfileman Melayu lebih 60 tahu yang lalu. Beliau membintangi filem seram pertama Melayu iaitu Pontianak pada tahun 1957. Mungkin anak muda tidak tahu nama beliau sebenarnya adalah Liebet Datulong dan dilahirkan di Manado, kepulauan Sulawesi. Bahasa Melayu Manado adalah unik jika dibandingkan dengan Bahasa Melayu dan ia kini disokong pada aplikasi Gboard.


Gboard iPhone


Bahasa Melayu Manado ialah salah satu dari 40 bahasa baharu yang kini disokong sepenuhnya pada papan kekunci popular ini. Bahasa baharu lain yang ditambah adalah Anaang, Ngaju, Alur, East Franconian, Songe, Muong, Urum, Gujari, Lampung Api, Guyanese Creole, Silesian, Dagaare, Musi, Nyamwezi, Haya, Ma’anyan, Kwanyama, Dungan, Mandinka, Dotyali, Eastern Tamang, Makonde, dan Limbu, Sokongan menaip menggunakan suara untuk bahasa Burma dan Estonia juga ditambah. Dengan kemas kini terbaru, Gboard menyokong lebih 500 variasi bahasa di dunia.


Norlida Ishak Shop