Expired : 18.06.18

Gempa bumi 6.6 gegar Australia


SYDNEY, 11 Zulkaedah 1440H, Ahad – Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud menggegarkan barat laut Australia hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika.

Gempa yang berlaku awal hari ini dilaporkan berpusat 10 kilometer di bawah Lautan Hindi dan 230 kilometer di pantai barat Australia antara Port Hedland dan Broome.

Walaupun tiada sebarang kerosakan dan kecederaan berlaku, gegaran itu turut dirasai dirasai di Perth, selatan Esperance dan utara Darwin.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Jurucakap polis Broome berkata, gempa berkenaan dirasai selama lebih satu minit di bandar itu.

“Bangunan dan bandar di sini merasai gegaran kira-kira satu minit setengah sepanjang gempa itu. Bagaimanapun, tiada sebarang kerosakan dan kecederaan di seluruh daerah,” katanya.- Agensi


The post Gempa bumi 6.6 gegar Australia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop