Expired : 18.06.18

Gempa bumi 7.0 magnitud gegar Alaska


WASHINGTON, 23 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnitud menggegarkan Alaska, wilayah barat laut Amerika Utara, semalam.


Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berkenaan berpusat kira-kira 12 kilometer ke bahagian utara di bandar terbesar Alaska, iaitu Anchorage.


Gegaran yang turut disusuli dengan gempa susulan menyebabkan beberapa bangunan retak selain gangguan bekalan elektrik.


Namun, sehingga kini tiada kecederaan dan kematian dilaporkan.


Gempa bumi berlaku pada jam 8.29 pagi (waktu tempatan) menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di kawasan pesisiran pantai, Cook Inlet dan Semenanjung Kenai.


Bagaimanapun, amaran berkenaan ditarik balik oleh pegawai Amerika Syarikat (AS) beberapa minit kemudian.


Datuk Bandar Anchorage, Ethan Berkowitz berkata, gempa bumi yang melanda itu adalah yang terkuat pernah berlaku di bandar itu.


“Ia sangat kuat ketika ia melanda. Ia sangat jelas bahawa ini adalah sesuatu yang lebih besar daripada pengalaman biasa kita. Kita hidup di negara yang kerap mengalami gempa bumi… tetapi ini yang besar,” katanya.


Pada 27 Mac 1964, Alaska dilanda gempa bumi 9.2 magnitud, dicatatkan paling kuat dalam sejarah AS, berpusat di sekitar 120km timur Anchorage.


Gempa yang berlaku lebih dari empat minit itu mencetuskan tsunami dan meragut kira-kira 130 nyawa.– Agensi


The post Gempa bumi 7.0 magnitud gegar Alaska appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop