Expired : 18.06.18

Gempa magnitud 5.9 gegar Hokkaido

TOKYO, 27 Safar 1440H, Isnin – Gempa bumi dengan kekuatan magnitud 5.9 menggegarkan Hokkaido di utara Jepun, awal pagi tadi.


Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa itu terletak 107 kilometer di timur laut Shibetsu dan pada kedalaman lapan kilometer.


Menurut USGS, setakat ini tiada laporan kerosakan dan kematian diterima dalam kejadian itu.


Ia berlaku selepas gempa dengan kekuatan 6.6 magnitud pada September lalu, yang menggoncang Hokkaido, menyebabkan tanah runtuh, rumah hancur dan membunuh lebih daripada 40 orang.


Jepun duduk di persimpangan empat plat tektonik dan sering mengalami beberapa gempa yang agak kuat setiap tahun. – Agensi



The post Gempa magnitud 5.9 gegar Hokkaido appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop