Expired : 18.06.18

#GempakSpot: "Banyak Betul Cara Scammer Ni Sekarang! Ada Saja Cara Baru Yang Nak Cuba"




Gempak Spot



Gaya Hidup

#GempakSpot:
Kalau sebelum ini pihak scammer yang menipu menggunakan talian telefon akan menyamar menjadi anggota polis, pihak mahkamah atau pihak kastam, terbaru mereka menyamar menjadi pekerja daripada Pos Laju seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @ze_mhis

Selamat pagi. Sekarang scammer dah pandai guna nama @pos4you (especially pos laju) untuk scam orang ya. Aku ceritakan macam mana dia buat skrip untuk menipu ya.

Kebetulan aku jawab call tu sebab aku memang tunggu ada dua parcel dari Pos Laju. Teruk betul perangai scammer ni. Dipendekkan cerita, mereka menggunakan nama Pos Laju pulak.

Dia call cakap ada parcel poslaju tersangkut kat poslaju Kuantan. Kenapa Kuantan? Setiap kalipun mesti guna nama Kuantan. Apa salah Kuantan dekat scammer ni?

Nama scammer tu Kelvin Koo. Calvin ke Kelvin ke entah lah tak tau ejaan. Lupa tanya.

Aku nak gelak dah masa dia cakap Kuantan tu. Tapi aku dengar je dia cakap aku pos IC dengan kad kredit Maybank aku ke Kuching, Sarawak.

Dia bebel cakap IC aku dah digunapakai oleh pendatang asing dan kena buat report polis kat Kuantan. Seremban dah tak ada balai polis ke?

Aku layan dia menipu dengan cakap aku nak buat report kat bali polis Seremban. Dia marah aku weh, siap cakap dia boleh sambungkan panggilan aku terus ke balai polis Kuantan. 

Wow! Scammer bodoh ingat aku panik ke pasal IC dengan kad kredit tu. Akut tiada hatta sekeping pun kad kredit sejak enam tahun lepas.

Scammer tu terus membebel-bebel dan aku putuskan talian. Okay, korang lepas ni kalau jawab call terus dengar bunyi mesin macam voice mail, dengar perkataan Kuantan, atau orang minta personal details, jangan layan. Itu semua scam.

Tulisan @ze_mhis turut mendapat perhatian daripada Pos Malaysia Berhad apabila pihak mereka membalas twit yang ditulis.
 


Hi ze_mhis, t.kasih atas maklumbalas anda.
Sekiranya andamengesyaki no tersebut adalah panggilan scammer, sila abaikan panggilan tersebut.
Mohon supaya anda tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi dan berhubung terus ke talian hotline Pos Malaysia di 1 300 300 300 jika [1]


— Pos Malaysia Berhad (@pos4you) October 9, 2019


Kredit Gambar: Google

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @ze_mhis. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]


Norlida Ishak Shop