v Genap 44 Hari, Ika Nabella & Suami Dedah Wajah Penuh Anak, Muhammad Noah Zayn. Beri Gelaran ‘Zuriat Mommy’!
Expired : 18.06.18

Genap 44 Hari, Ika Nabella & Suami Dedah Wajah Penuh Anak, Muhammad Noah Zayn. Beri Gelaran ‘Zuriat Mommy’!

Genap 44 hari kelahiran permata sulung Ika Nabella dan Muhammad Zaid Aznam dilahirkan, pasangan ini telah mendedahkan wajah penuh wajah putera cilik mereka.

Memilih nama Muhammad Noah Zayn, bayi lelaki yang dilahirkan seberat 3.25kg pada 23 Oktober lalu turut memiliki akaun Instagram tersendiri.

Malah, ia sudah mencecah lebih 4,000 pengikut.

Sementara itu, Ika bersyukur kerana permata yang ditunggu-tunggu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga pada Julai 2016, dianugerahkan anak yang sihat dan sempurna.

“Assalamualaikum everyone!
So this is @muhammadnoahzayn the love of my life.!

“I’ve been calling him “zuriat Mommy”. Dok tak dok.

“Seypa mulut chup chap chup chap ni zuriat Mommy lapaq kaaa? mau nenen ka?” “Awat teriak zuriat Mommy? Sapa kuteyyyy chek”?

“Tara tu punya la cewiiii beranakkan seketoi Noah Zayn ni anak soleh ni .
Aihhh sayangnyaaaa lahai! Semoga Allah berkati kehidupan anak2 kita semua. Aminnnn,” tulis Ika. 

Foto : Instagram Ika Nabella, Noah