Expired : 18.06.18

Generasi KEADILAN jaga kebajikan mantan AMK

Mantan anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menubuhkan satu persatuan dengan nama Generasi KEADILAN bagi meneruskan perjuangan dan persahabatan serta menjaga kebajikan anggota sayap itu.


Pengerusinya, Yusmadi Yusoff, berkata satu wadah perlu diwujudkan untuk memperjuangkan kebajikan mantan-mantan AMK yang memerlukan bantuan dan sokongan.


“Boleh dikatakan rata-rata mereka banyak berjasa dengan parti dan memperjuangkan Reformasi selain kepakaran setiap anggota itu masih boleh dimanfaat parti dan perjuangan mereka tetap diteruskan.


“Atas penghargaan itu satu mesyuarat telah diadakan dan kami sebulat suara bersetuju satu jawatankuasa perlu dibentuk dimana saya dipilih sebagai pengerusi bersama Fazly Razaly, iaitu Setiausaha Politik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli sebagai timbalan pengerusi,” katanya kepada KeadilanDaily


Sehubungan itu, Yusmadi yang juga senator Dewan Negara berkata, satu majlis ramah mesra dan sambutan Aidilfitri AMK seta majlis pelancaran akan diadakan pada 8 malam 6 Jun ini di Restoran Terapung D’Saji, Titiwangsa.


Pada masa sama majlis pelancaran tabung mantan AMK turut diadakan dalam program yang sama.


“Semua mantan AMK dari seluruh Malaysia dijemput hadir termasuk mereka yang menjawat jawatan tinggi dari seluruh negara bagi mengambil peluang ini untuk menjalin silaturahim dan mengerat hubung yang sedia terjalin serta memantapkan persahabatan perjuangan ahli,” kata Yusmadi.


Generasi KEADILAN ditubuhkan secara tidak rasmi dalam mesyuarat bersama mantan-mantam AMK dari seluruh Malaysia pada Mei lalu dan kini dalam proses pendaftaran.


Norlida Ishak Shop