Expired : 18.06.18

Genosid Melayu: Penghapusan bangsa secara terancang

KITA harus lihat isu pengurangan kuota lot Bumiputera bagi tanah industri, daripada 40 peratus kepada 30 peratus di Johor baru-baru ini atas alasan untuk menarik pelabur luar adalah alasan lapuk. Ditambah pula alasan mengatakan bahawa banyak lot-lot yang tidak terjual. Kalau tidak terjual, bantulah Bumiputera.


Apa pihak kerajaan ingat orang Melayu hari ini berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa lain terutama dari segi ekonomi? Kenyataan yang sama bukan sahaja dibuat di Johor, baru-baru ini kerajaan negeri Perak dan Kedah juga mahu mengurangkan kuota lot Bumiputera.


Asyraf Farique


Jika lihat data di dalam buku The Colour of Inequality tulisan Dr Muhammad Khalid, 72 peratus rakyat Malaysia yang tiada aset kewangan adalah bumiputera. 74.3 peratus tanpa pemilikan hartanah adalah Bumiputera. Ini adalah keadaan bumiputera pada hari ini.


Objektif utama pengenalan kuota Bumiputera ketika Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan adalah untuk menambah pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya.


Saya lihat isu ini dalam kerangka yang lebih besar sebenarnya.


Isu ini adalah peminggiran secara terancang dan strategik orang Melayu di kawasan bandar-bandar besar. Orang Melayu akan terus terpinggir, jika alasan ini terus digunakan. Akhirnya orang Melayu akan kekal dalam keadaan ekonomi tidak berdaya saing, berbanding bangsa lain. Segregasi ekonomi ini jika kita lihat, adalah strategi lama yang digunakan penjajah terhadap orang Melayu.



Bak kata Profesor Sosiology Michael Mann di dalam bukunya, ini adalah satu bentuk awal pembersihan bangsa secara terancang dengan menyisihkan penduduk asal daripada tanah-tanah pertanian dan industri yang strategik, sementara tanah-tanah itu diberikan kepada orang luar untuk dimajukan, beliau mengambarkan istilah ini sebagai Demokrasi Genosid.


Dan benar, jika perkara ini tidak dibendung, ianya adalah satu bentuk Genosid buat bangsa Melayu. Penghapusan bangsa secara terancang dan strategik.


Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE


Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.


The post Genosid Melayu: Penghapusan bangsa secara terancang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop