Expired : 18.06.18

Geram dibuli, akauntan curi duit bos hampir RM1 juta untuk joli

Geram kerana menjadi mangsa buli di tempat kerja, seorang akauntan membalas dendam dengan membelanjakan wang majikannya sebanyak £170,000 (RM915,000) untuk dadah serta pelacur sepanjang satu hujung minggu.


Darren Carvill, 38, mencuri £260,000 (RM1.4 juta) daripada rangkaian servis kereta, Mr Clutch sebelum menghabiskan hujung minggu berjoli menggunakan dadah dan bersama pelacur kelas atasan.


Tindakannya itu hampir menyebabkan Mr Clutch muflis dan Carvill mengaku ia melakukannya semata-mata mahu merasai ‘hujung minggu yang gila.’


Carvill yang lazimnya seorang yang amat pemalu, dipenjara dua tahun setengah selepas mengaku salah atas 18 tuduhan tipu oleh Mahkamah Crown Maidstone, Kent.


Sebelum ini mahkamah diberitahu, Carvill memfailkan rekod bayaran palsu selepas mendakwa menjadi mangsa buli di tempat kerja.


Carvill mengambil £260,000 daripada pelbagai francais Mr Clutch kononnya untuk membuat bayaran kepada pembekal dan rakan niaga syarikat.


Dia mendakwa mengambil wang itu untuk hiburan kerana terlalu murung dengan kehidupannya, malah pada awalnya menganggap pinjaman yang akan dibayar balik.


Malah, kali pertama dia mencuri £40,000 (RM215,000) tetapi membayar balik £36,500 (RM196,000). Bagaimanapun, dia mengulang perbuatan itu tanpa membayar semula dan lama-kelamaan ia menjadi tabiat.


Carvill mendakwa amat pemalu dan mempunyai tahap keyakinan diri yang terlampau rendah, menyebabkannya ketagih dengan berhibur di kelab malam bersama orang yang dianggap ‘glamor’ yang kerap bermain dadah, dipercayai kokain.


Sumber memberitahu The Sun, Carvill mengunjungi sebuah kelab malam di London bersama tiga pelayan dan dilihat minum champagne serta mengambil kokain.


“Malam itu dia akhirnya ditemani kira-kira 10 wanita di kelab itu,” kata sumber berkenaan.


Menurut Carvill, dia sedar perbuatannya menggelapkan duit majikan sudah diketahui dan dia akan ditangkap, menyebabkannya tidak berfikir panjang dan hanya mahu berseronok.


Susulan itu dia menghabiskan puluhan ribu paun berpesta dengan pelacur dan dadah.


Peguamnya James Ross berkata: “Kehidupannya amat menyedihkan, malah sejak kecil dia memang sering dibuli.


“Disebabkan itu keyakinan dirinya sangat rendah dan kekok bergaul dengan orang ramai. Bagaimanapun, dia pekerja yang bagus dan hasil kerjanya juga amat baik.


“Dia mengaku semua bos melayannya baik, namun semua orang lain sering menghina dan memalukannya sehingga dia tidak mampu bersabar lagi. Semakin dia murung, semakin dia ketagih dengan parti waktu malam bersama wanita dan dadah.”


Sementara itu, pendakwa Bridget Todd memberitahu mahkamah, perbuatan Carvill menyebabkan beberapa kakitangan tidak dibayar gaji selama lima bulan.


The post Geram dibuli, akauntan curi duit bos hampir RM1 juta untuk joli appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop