Expired : 18.06.18

Geran sedia ada tak habis diguna dapat geran baru


KUALA LUMPUR, 25 Rabiulawal 1440H, Isnin – Geran yang ada jutaan ringgit pun tak habis dipakai, dapat pula geran tambahan jutaan ringgit. Itu antara kepincangan pengurusan kewangan kerajaan terdahulu.


Hal ini dikesan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 bagi pembinaan rumah generasi kedua Risda dan Felcra yang dikenali sebagai Rumah Bina Negara (RBN).


Agensi-agensi itu hanya menggunakan sebanyak 16.9 peratus daripada geran RM93 juta dengan baki geran yang masih belum dibelanjakan setakat 31 Disember 2017 berjumlah RM77.23 juta iaitu RM26.24 juta bagi Risda dan RM50.99 juta bagi Felcra.


Sudah lah itu, Risda dan Felcra masing-masing dapat pula geran tambahan RM20 juta.


“Pencapaian kewangan program RBN adalah tidak cekap kerana geran sedia ada masih belum dibelanjakan sepenuhnya oleh Risda dan Felcra Berhad.


Sehubungan itu, Kementerian Kewangan (di bawah kerajaan baharu) pada 26 Jun 2018 telah mengenakan sekatan terhadap geran tambahan bagi kedua-dua agensi itu.


Menurut laporan itu, sebanyak 351 unit rumah mula dibina pada tahun 2016 hingga 2017 iaitu hanya 33.7 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 1,040 unit rumah di bawah program RBN.


Ia menyatakan program itu tidak mencapai sasarannya membantu belia generasi ​​​​​​​kedua yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 (B40) mempunyai rumah sendiri dan kekal tinggal di luar bandar meskipun harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu bermula pada RM45,000.​​​​​​​


Dapatan audit yang dijalankan antara bulan Disember 2017 hingga April 2018 mendapati kecekapan pengurusan program ini adalah di tahap lemah apabila beberapa​​​​​​​ isu utama dikenal pasti seperti, penilaian tapak rumah tidak dilaksana dengan teliti dan rumah yang siap dibina tidak dapat dijual disebabkan kerja infrastrukur masih belum disiapkan.​​​​​​​


Selain itu, laporan audit turut mendapati beberapa rumah yang siap dibina telah diserahkan kepada ​​​​​​​peserta tetapi ia tidak diduduki selain pembinaan rumah yang melebihi tempoh siap asal pembinaan.​​​​​​​


Bagi mengatasi kelemahan tersebut, Jabatan Audit Negara mengesyorkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar memantau pengurusan kewangan​​​​​​ ​program tersebut secara teliti bagi memastikan geran disalurkan mengikut unjuran keperluan kewangan ​​​​​​​bagi ​​​​​​​pembinaan rumah yang dirancang.


The post Geran sedia ada tak habis diguna dapat geran baru appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop