Expired : 18.06.18

Gesa siasat 16 pemimpin India pertahan pemberontak LTTE

BANGI, 13 Safar 1441H, Sabtu – Pihak polis perlu menyiasat 16 ahli politik Pakatan Harapan (PH) yang mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk tindakan PDRM menahan tujuh individu, termasuk dua Adun parti cauvinis, DAP yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak di Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).


Demikian gesaan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) selepas 16 pemimpin India dari DAP dan PKR menyifatkan penangkapan itu adalah di luar ‘pemahaman’, sekali gus menggesa pembebasan individu yang ditahan.


Terdahulu dalam kenyataan bersama, 16 pemimpin itu termasuk Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy menegaskan bahawa penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan, tidak seharusnya berlaku di bawah Kerajaan PH.


“Sangat tidak bertanggungjawab untuk menahan dan mendakwa mereka apabila mereka tiada hubungan dengan LTTE. Tanggapan tentang kebangkitan semula LTTE tidak masuk akal dalam konteks Malaysia.


“Kami menggesa kerajaan untuk segera melepaskan mereka yang ditangkap tanpa sebarang syarat. Penangkapan ini hanyalah pencerobohan terhadap keadilan. Penangkapan dan penahanan sedemikian tidak boleh dibenarkan di bawah kerajaan PH,” kata mereka.


Selain itu, mereka turut memberi contoh orang muslim di Malaysia yang simpati terhadap rakyat Palestin dan Rohingya, kata mereka, bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya sesetengah pihak dalam masyarakat Tamil bersimpati dan bimbang dengan keadaan warga Tamil di Sri Lanka.


Serentak itu, Firdaus menyifatkan tindakan 16 pemimpin India itu menyamakan muslim bersimpati dengan Palestin dan Rohingya untuk membuktikan menyokong LTTE tidak bersalah adalah cara berfikir yang tidak logik.


Beliau menegaskan, muslim bukan sahaja bersimpati dengan penindasan terhadap Palestin dan Rohingya, malah turut bersimpati ke atas semua manusia yang dizalimi.


“Rakyat Palestin sama ada muslim dan Kristian dibunuh, negara mereka diceroboh manakala Rohingya dibunuh, dirogol walaupun sekadar duduk diam di situ sedangkan pengganas LTTE membunuh orang ramai?


“Takkan anda tidak boleh membezakan orang yang dibunuh dan yang membunuh? Bila kena pada bangsa anda semuanya mulia dan suci tetapi bila muslim yang ditangkap kerana ISIS anda memuji PDRM & bersetuju?”


“Saya berharap pihak polis siasat sekali semua ahli politik yang keluarkan kenyataan itu kerana barangkali mereka ini juga penyokong pengganas LTTE! Kami sokong PDRM tegas membanteras ekstrimis dan pengganas!” tegasnya.


The post Gesa siasat 16 pemimpin India pertahan pemberontak LTTE appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop