v Giliran Tok Ti & Aafiyah Buat #Wipeitdownchallenge, Peminat Kata – “Comel Sungguh!”
Expired : 18.06.18

Giliran Tok Ti & Aafiyah Buat #Wipeitdownchallenge, Peminat Kata – “Comel Sungguh!”

Cabaran berkongsi rakaman video sambil mengelap cermin atau lebih dikenali sebagai #wipeitdownchallage di aplikasi Tik Tok kini semakin menjadi trend pengguna media sosial.

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tok Ti turut tidak melepaskan peluang untuk membuat cabaran tersebut bersama anaknya, Siti Aafiyah Khalid.

“Aafiyah dengan ibu buat #wipeitdownchallenge jugak! boleh la yek,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berasa terhibur menonton perkonsian penyanyi lagu Anta Permana itu.


Alahai, comel dan bijak sungguh Aafiyah buat #wipeitdownchallenge kan?

Video: Instagram Siti Nurhaliza