Expired : 18.06.18

Giliran UniMAP, MMU masuk senarai universiti dunia

Universiti Malaya masih menjadi pusat pengajian terbaik negara apabila berada di ‘band’ 301-305, naik dari kedudukan 351-400 tahun lalu. — Paparan skrin Google
Universiti Malaya masih menjadi pusat pengajian terbaik negara apabila berada di ‘band’ 301-305, naik dari kedudukan 351-400 tahun lalu. — Paparan skrin Google

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Dua lagi universiti Malaysia berjaya tersenarai dalam kedudukan universiti dunia 2020, menurut Times Higher Education (THE).


Institut pengajian tinggi itu adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Multimedia (MMU) sekaligus menjadikan wakil negara secara keseluruhan dari 11 kepada 13 buah institusi.


Malaysia juga cemerlang dalam kedudukan itu apabila Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) kekal di kedudukan antara 601 hingga 800.


Sementara itu, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula turut kekal di kedudukan 1,001 ke atas.


Menurut THE, Universiti Malaya (UM) sehingga kini masih menjadi pusat pengajian terbaik negara apabila berada di ‘band’ 301-305, naik dari kedudukan 351-400 tahun lalu.


Baca seterusnya di Malay Mail.  


Norlida Ishak Shop