Expired : 18.06.18

Giliran Zarina Anjoulie pula buka tudung, tidak kisah kecaman

Pelakon Zarina Anjoulie mendakwa sebelum ini dia mengenakan imej tudung kerana dipaksa bekas suami. — Foto fail
Pelakon Zarina Anjoulie mendakwa sebelum ini dia mengenakan imej tudung kerana dipaksa bekas suami. — Foto fail

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan dirinya tidak lagi bertudung dan tidak kisah dengan kecaman orang ramai.

Tampil berambut perang, Zarina, nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 32, mengakui sebelum ini dia mengenakan imej tudung kerana dipaksa bekas suami.


“Assalamualaikum, saya secara rasmi buka tudung. Aku tak kisah dengan kecaman sebab bukan korang yang bagi anak aku makan. Jadi jangan kecam,” katanya dalam video di Instagram.


Gadis kacukan Melayu-Iran-Scotland itu turut memohon maaf kepada pengikutnya yang kecewa dengan tindakannya.


“Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan,” catatnya.


Sebelum ini bekas rakan karibnya juga pelakon Fathia Latiff mengejutkan umum apabila tampil dengan imej tidak bertudung dan berambut pendek.


Fathia, 32, April lalu memberi alasan mengalami depresi ketika bertudung dan tidak lagi mahu berpura-pura.


Norlida Ishak Shop